ENG   BM

Soalan-soalan Lazim Mengenai Polisi dan Akta Pencegahan Rasuah

Unsur-unsur Perundangan dan Polisi Pencegahan Rasuah (“Polisi ABC”)

Pemberian rasuah boleh merangkumi apa-apa pemberian yang dianggap bernilai kepada penerima sebagai balasan untuk apa-apa faedah atau kelebihan kepada pemberi. Huraian ringkas ialah seperti memberi dan menerima suapan.

Akta baru ini merangkumi apa-apa pemberian rasuah (atau suapan) oleh sesiapa dalam organisasi (atau melalui pihak ketiga yang berkaitan) dengan niat:-

  • memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau kontrak; atau
  • memperoleh sesuatu yang mempunyai faedah atau memberi kelebihan kepada perniagaan Syarikat.

Semua individu adalah tertakluk di bawah akta baru ini, daripada kakitangan terbaru yang menyertai Syarikat kepada tahap pengurusan tertinggi, semua individu memainkan peranan dalam mematuhi akta pencegahan rasuah baru ini.

Sesiapa sahaja atau mana-mana pihak yang mempunyai urusan berkaitan Kumpulan YTL, khususnya apabila tindakan mereka akan memberi impak kepada Kumpulan YTL. Mereka boleh dianggap sebagai pihak yang bertindak untuk atau bagi pihak Syarikat dalam apa-apa urusan.

 

Sebagai contoh, ejen permit kerja, syarikat perkapalan yang membantu dalam pelepasan kastam, kontraktor bebas, perunding, ejen penjualan, pekerja yang bertanggungjawab menyeleraskan permohonan lesen dengan kerajaan (“runners”), atau apa-apa perkhidmatan yang mana pihak ketiga diupah untuk bertindak bagi pihak Kumpulan YTL.

Pengaruh berniat salah bererti suatu percubaan untuk mengakibatkan seseorang melakukan sesuatu demi faedah anda yang sebenarnya tidak bermoral. Ini adalah percubaan untuk memperoleh sesuatu yang mungkin tidak boleh diperolehi jika anda tidak memberi hadiah, hospitaliti atau hiburan tersebut.

 

Sebagai contoh, anda memberi jam tangan Patek Philippe kepada seseorang dengan niat untuk meyakinkan pengurusnya untuk meluluskan jumlah pembelian produk yang lebih tinggi daripada Syarikat anda.

Anda memberi suatu hadiah atau hospitaliti dengan niat supaya mereka akan bertindak memberikan sesuatu yang bernilai kepada anda dalam bentuk kontrak yang sedang diperundingkan, atau membantu anda untuk mencatat target penjualan dengan memberi tempahan jumlah produk tinggi dengan Syarikat anda.

 

Suatu contoh penggunaan pengaruh berniat salah adalah dengan pemberian tiket-tiket eksklusif VVIP ke acara F1 Grand Prix terdekat berserta perbelanjaan yang dibayar sepenuhnya dengan niat supaya penerima akan memberi anda kontrak untuk membina bangunan pejabat baru mereka.

 

Faktor-faktor seperti masa, nilai (berupa wang atau bukan wang), jenis dan keadaan dalam apa-apa hadiah dan hospitaliti akan menentukan sama ada terdapatnya niat untuk menggunakan pengaruh berniat salah.

Konflik kepentingan ialah keadaan apabila anda mempunyai dua kepentingan yang bersaing. Sebagai kakitangan, anda seharusnya menjaga kepentingan Syarikat dengan memastikan anda akan melakukan yang terbaik bagi pihak Syarikat. Keadaan konflik kepentingan berbangkit apabila anda mempunyai kepentingan peribadi dalam urusan yang mungkin mengakibatkan anda bertindak secara bercanggahan dengan kepentingan Syarikat.

 

Sebagai contoh, anda mempunyai saudara-mara yang merupakan subkontraktor pembinaan bangunan yang menawarkan sebut harga yang lebih tinggi. Walaupun anda seharusnya memberi award projek tersebut berdasarkan sebut harga yang paling berpatutan, anda bertindak memberi award kepada saudara-mara anda disebabkan oleh jalinan kekeluargaan. Dalam keadaan ini, kepentingan konflik berbangkit.

 

Sehubungan dengan pegawai awam, jika anda bertindak dengan niat untuk mengakibatkan mereka untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peranan mereka, contohnya, melobi untuk menggalakkan pemberian kontrak kepada Syarikat anda walaupun terdapatnya kontrak lain yang mempunyai terma-terma yang lebih berpatutan daripada Syarikat anda, maka anda meletakkan pegawai awam tersebut dalam keadaan yang mempunyai konflik kepentingan.

Apabila anda memberi atau menawarkan hadiah, hospitaliti atau hiburan kepada seseorang yang memegang kuasa untuk mempengaruh atau kuasa dalam penentuan keputusan dalam apa-apa tawaran perniagaan, faedah atau kelebihan kepada perniagaan anda, anda meletakkan mereka dalam keadaan konflik kepentingan terhadap kepentingan majikan mereka. Hadiah, hospitaliti dan hiburan yang diberikan oleh anda mengakibatkan mereka berasa cenderung atau wajib untuk menggalakkan pihak pengurusan mereka memberi award perniagaan kepada anda, membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan dan faedah anda, atau melakukan apa-apa tindakan atau mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang akhirnya memberi kelebihan kepada Syarikat anda.

 

Jikalau seseorang menerima atatu ditawarkan apa-apa hadiah, hospitaliti atau hiburan daripada kamu diletakkan dalam keadaan konflik kepentingan, tindakan seperti pemberian hadian, hospitaliti atau hiburan daripada anda boleh ditafsirkan sebagai mempunyai niat untuk menggunakan pengaruh berniat salah. Apabila ia memberi faedah kepada pihak Syarikat, maka Syarikat akan disabitkan dibawah S.17A Akta SPRM 2009.

Hadiah, Hospitaliti dan Hiburan

Suatu hadiah yang diberikan dengan niat dan harapan bahawa seseorang akan melakukan sesuatu untuk memberikan kepentingan, faedah dan kelebihan kepada anda, adalah dianggap sebagai niat salah. Apa-apa hadiah yang diberikan dengan niat salah adalah dianggap sebagai rasuah. Hadiah tersebut tidak perlu bernilai tinggi, tetapi hadiah tersebut berupa sesuatu yang digemari dan dihayati oleh seseorang. Contohnya, anda memberi hadiah berupa tumbuhan bonsai yang eksklusif kepada seorang penggemar bonsai.

Asalkan pemberian hadiah bukannya untuk tujuan mempengaruhi mereka, atau pemberian hadiah disebabkan oleh pangkat penjawat tersebut, buah tangan kecil dan bernilai sederhana adalah boleh diterima. Walau bagaimanapun, jika pegawai awam tersebut menolak pemberian buah tangan tersebut, buah tangan tersebut haruslah dikembalikan kepada ketua jabatan masing-masing.

Pemberian buah tangan ketika musim perayaan yang merupakan kelaziman dan tatasusila adalah tidak salah sekiranya ia diberi secara langsung dan tidak diberi secara khusus kepada individu-individu yang terpilih disebabkan oleh jasa yang mereka telah melaksanakan untuk anda atau bagi pihak Syarikat yang telah memberikan suatu kelebihan dalam perniagaan. Suatu hadiah adalah buah tangan jikalau hadiah tersebut tidak mahal, merupakan kelaziman dan tidak melampaui batas dalam keadaan tersebut.

Secara ringkasnya, pemberian tersebut tidak berupa mewah. Faktor-faktor seperti masa, nilai (berupa wang atau bukan wang), jenis atau keadaan untuk apa-apa hadiah, hospitaliti atau hiburan yang diberikan akan mempengaruhi penafsiran sama ada ia adalah betul atau salah. Ini adalah berlainan dari suatu jenis barangan atau perkhidmatan kepada jenis lain. Satu cara untuk penentuan adalah untuk mempertimbangkan sama ada ia adalah seimbang dan munasabah dalam keadaan tersebut untuk memberikan hadiah, hospitaliti dan hiburan tersebut. Kesudahannya atau kesan pemberian seharusnya tidak mempunyai niat untuk mendapatkan apa-apa bentuk perniagaan, faedah atau kelebihan kepada Syarikat atau organisasi.

Anda haruslah mempertimbangkan niat dalam pemberian hadiah peribadi tersebut dan juga nilai hadiah tersebut. Pedoman yang harus dituruti adalah untuk memaklumkannya kepada penyelia atau ketua jabatan anda, atau berkongsi hadiah tersebut dengan rakan sekerja untuk memastikan hadiah tersebut adalah tidak diberikan secara khusus kepada anda untuk berterima kasih atas jasa baik anda untuk mereka – ini boleh membangkitkan syak wasangka sekiranya ia amat mahal atau berupa hadiah eksklusif kepada anda. Suatu contoh hadiah peribadi (tidak terhad kepada) adalah seperti sahabat anda berikan suatu hadiah harijadi kepada anda dan bukannya berdasarkan pangkat jawatan anda tetapi secara telus atas dasar peribadi.

Jika ia adalah sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan berpengaruh yang melakukan sesuatu secara sedaya-upaya untuk memastikan anda mendapat suatu bentuk perniagaan atau kelebihan, maka ia adalah dianggap sebagai rasuah.

Walau bagaimanapun, jika ia adalah penjamuan selera secara sederhana dan cuma merupakan penghargaan untuk sesuatu yang akan disempurnakan dalam apa jua keadaan, maka ia tidak akan dianggap sebagai rasuah.

Sebagai contoh, anda telah menghantar kereta kamu untuk pencucian kereta biasa dan membayar kadar biasa untuk pencucian kereta. Jika pengkhidmat melakukan kerja yang baik dan anda ingin membelanjanya dengan sebungkus Nasi Lemak sebagai tanda terima kasih kerana dia tidak makan tengah hari demi mencuci kereta anda; maka ini tidak dianggap sebagai rasuah. Ia hanya akan dianggap rasuah sekiranya anda memberitahu pengkhidmat bahawa kamu akan membelikan Nasi Lemak untuknya sekiranya dia turut vakum kereta anda yang tidak dirangkumi dalam pakej biasa pencucian kereta tersebut.

Penjalinan hubungan bermakna percubaan untuk mengenali seseorang tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Anda boleh menikmati secawan kopi atau hidangan makanan dengan seseorang untuk mengenali latar belakang mereka dengan lebih baik.

 

Walau bagaimanapun, jika anda menjemput seseorang ke majlis makan dan hiburan yang mewah dengan niat untuk mempengaruhi mereka dan mengakibatkan mereka memberikan kamu suatu bentuk perniagaan atau kelebihan untuk perniagaan Syarikat anda, ini dianggap sebagai rasuah.

Sebagai contoh, anda ingin mempamerkan keupayaan anda dalam mengendalikan stesen janakuasa elektrik, anda boleh menjemput mereka untuk menghadiri stesen janakuasa elektrik anda yang terdekat dan menampung kos perjalanan mereka ke sana. Tujuannya bukan untuk mempengaruhi mereka, tetapi untuk membolehkan anda mempamerkan keupayaan anda.

 

Atau, jika anda ingin mereka mengenali program atau teknologi terkini anda. Anda boleh menjemput mereka dan mendidik mereka mengenai program atau teknologi dan menampung kos perbelanjaan mereka.

 

Penampungan kos perbelanjaan mereka tersebut untuk apa-apa penginapan, makanan dan perjalanan tidak harus terlampau mahal dan seharusnya tidak mengandungi apa-apa unsur yang mencadangkan apa-apa bentuk kemewahan atau penghayatan dalam jemputan promosi, perniagaan dan pendidikan (contohnya, suatu lawatan khusus yang langsung tidak berkaitan dengan inisiatif perniagaan.)

Anda boleh membuktikan bahawa tiadanya niat untuk memberi rasuah atau suapan apabila tindakan anda tidak merujuk kepada apa-apa harapan untuk mendapatkan balasan dalam apa jua bentuk dalam pemberian award atau mengekalkan suatu perniagaan, atau mendapatkan apa-apa bentuk faedah atau kelebihan untuk diri anda atau pihak Syarikat.

Inisiatif Berkaitan Kumpulan YTL

Kursus Talian ABC adalah untuk membimbing anda memahami perundangan dan polisi Kumpulan YTL. Ia adalah sesi interaktif dan berbentuk kuiz untuk membantu anda mengenali unsur-unsur yang berbeza.

 

Kegagalan untuk menghabiskan Kursus Talian ABC secara tepat masa akan menjejaskan penilaian prestasi anda dan pembayaran apa-apa ganjaran berdasarkan prestasi pencapaian anda.

Anda boleh membuat suatu laporan dengan bukti berserta penjelasan mengenai apa-apa tindakan mencurigakan yang benar kepada penyelia atau ketua jabatan anda. Jika penyelia atau pengurus anda adalah individu-individu yang disyaki, anda boleh membuat laporan kepada Jabatan Sumber Manusia, Audit Dalaman atau Jabatan Perundangan dalam turutan khusus tersebut.

 

Kumpulan YTL turut mempunyai saluran pemberian maklumat (“whistleblowing”) yang membolehkan anda menyerahkan laporan berserta bukti mengenai apa-apa kes rasuah.

 

Kumpulan YTL akan mengendalikan kesemua laporan secara sulit dan memastikan kakitangan tidak akan mengalami apa-apa pembalasan atau kesusahan daripada individu yang dilaporkan tersebut.

 

Kakitangan yang telah membuat laporan adalah dinasihatkan supaya tidak mendedahkan atau membincangkan perkara tersebut dengan kakitangan yang lain untuk mengelakkan penularan kegiatan mengumpat sesama rakan sekerja.

 

Kumpulan YTL mempunyai polisi yang jelas bahawa tidak akan berlakunya apa-apa serangan-balik atau denda terhadap kakitangan yang membuat laporan tulen berkenaan pemberian rasuah dan suapan.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan mengenai akta baru ini dan implikasinya, anda boleh menghubungi penyelia atau ketua jabatan anda sebagai permulaan. Jikalau anda masih tidak mendapatkan penjelasan yang anda perlukan, anda boleh menghubungi Jabatan Sumber Manusia, Audit Dalaman atau Jabatan Perundangan dalam turutan khusus tersebut.

Sikap ini akan diambil kira sebagai sebahagian daripada penilaian prestasi kerja anda kerana yang sama adalah mustahak dalam pengendalian kerja anda bahawa anda mematuhi undang-undang. Keengganan untuk menandatangani ikrar integriti membangkitkan persoalan mengenai nilai integriti anda.

Akta baru ini adalah mustahak kerana ia akan memberi impak kepada diri anda dari segi pekerjaan. Jikalau suatu tindakan pemberian rasuah dilakukan, anda boleh tersabit secara peribadi dan tindakan anda akan didakwa. Sehubungan dengan pekerjaan anda, jika anda mengingkari Polisi ABC Kumpulan YTL atau Tatacara dan Etika Perniagaan (“Code of Conduct and Business Ethics”), ini adalah salahlaku yang serius yang mungkin mengakibatkan penalti pembuangan pekerjaan sekiranya anda didapati bersalah.

 

Anda boleh melindungi kepentingan anda selaku kakitangan secara:

 

  • mematuhi Tatacara dan Etika Perniagaan Kumpulan YTL, Polisi ABC, berserta apa-apa polisi yang dilaksanakan;
  • menuruti dan memastikan segala proses-proses dalaman atau luaran adalah dikendalikan dengan tekun dan teliti;
  • memastikan segala rekod-rekod dan bukti proses-proses dan juga dokumen-dokumen sulit adalah tepat dan disimpan dengan cermat;
  • menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kumpulan YTL yang berkenaan dengan inisiatif anti-rasuah dan suapan seperti menandatangani Ikrar Integriti, menyertai latihan, aktiviti-aktiviti dan menyiapkan Kursus Talian ABC secara tepat masa; dan
  • jika anda mengenalpasti apa-apa keingkaran undang-undang yang benar atau mana-mana polisi Kumpulan YTL, sila buat laporan dengan segera dengan bukti kepada penyelia atau ketua jabatan atau menerusi saluran whistleblowing Kumpulan YTL.

Kesemua kakitangan dalam Kumpulan YTL mesti menurut proses rasmi yang telah ditubuhkan, yang merangkumi proses mendapatkan kelulusan yang sewajarnya daripada Pengurusan Kanan apabila perlu.

 

Pengurusan Kanan akan bergantung kepada para pengurus dan para ketua jabatan yang telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk bertindak dalam kepentingan dan menuruti proses-proses Kumpulan YTL. Para pengurus dan para ketua jabatan yang mempunyai penglihatan terhadap aktiviti-aktiviti harian kakitangan dan proses pengurusan, akan secara kolektifnya memastikan kakitangan tidak bertindak melakukan kegiatan pemberian rasuah atau suapan.

Terjemahan dalam Bahasa Melayu ini adalah untuk tujuan rujukan dan pemahaman sahaja. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai