oleh Farhana Adiba Abdul Rahim

Bercuti dengan keluarga adalah salah satu aktiviti riadah penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, berehat bersama dan menghilangkan stress.

Andai anda tidak dapat bercuti panjang bersama keluarga kerana kekangan kerja dan cuti tahunan yang terhad pada tahun sebelum ini, mulakan langkah awal dalam merancang percutian keluarga sepanjang tahun 2019.

Bagi memudahkan anda membuat perancangan, disini kami lampirkan senarai cuti hujung minggu panjang pada tahun 2019 sebagai rujukan.